Saturday 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU!!

ai nie 1/1/2012....
ak dah un masok f5,dah nk amek spm~
sukow nyer..bleyh buli bdok2..
BESAR doh kea..hahak
marim,KAUAKUJUN dahpon tau siapa AKASHINE..
siapakah dia JUN???
lepas PIOUSBOY95,,KAUAKUJUN plok hok mari kaca idup aku~
alaa...x pelik un lau dy tau,coz nama AKASHINE uh ak guna
masa ak f2 ag~hahak..

AKASHINE_starz'BLING2'


MKI BANAT~~

Thursday 29 December 2011

suffer rivolte

masow amek rezap SMU,ak n wan amirah gi bilek sep2 SR..
akjmpak gambar nie,
tengok deh!

ni adik ak y koya -_-'

nama bdop nie fatimah..
9A in PMR..


ada lagi!!

aku n BD'ians =.='

aku n fwen..
akan ku ingat kenangan manis ini walau mgkn akan brjauhan..
~ku impikan teman abadi~





Rookie Of The Year - Bizarre Love Triangle

abangku yg sorang




never walk alone!!!

walau di mana kau berada,,,,,,please
NEVER WALK ALONE!!!!

brutal duck is my great group

this is a chicken laaa.....not a duck!!!haha...
anyway,this is 4 my fwen chick204..

my brother's art

lukise abe aku nie......
COMEY dop??????
hahaha





my brother's art

Add caption

bePOPP

saper ek bdorp piousboy95 ??!! koya gler bdop 2.....nok katop seroww bdop 2.   
.fb basow kakah 2 >juidin islam< 
tobak eh koya,,,,,,dohla bajet pious!!!

Sunday 31 July 2011

welcome ramadhan

salam,ai ni ai first kta berfasting...sonok ngat'''skang nie ak dop kat cc sensorang...yelaa..mana ada owg nak teman...tp ak dop bengong buat bio nie....da wat sorang2 mmg cmni...srabut laa bdark 2 owg kat tepi ak nie..kecek banyok laa wei!!lau ak dpt ap2 cite tntg berpuasa nie ak post ar...lau sempat..mklomla kpala ak dop nyetok nie~~

Thursday 21 July 2011

Wednesday 20 July 2011

Lengkap melengkapi




Kenangan lama, bersama manusia-manusia yang pernah berada di sekeliling saya
Adakah kita hidup di atas dunia ini berseorangan?
Adakah kita bergerak dalam kehidupan ini berseorangan?
Mahu atau tidak, kita memerlukan orang lain.
Namun, sejauh manakah kita menghargai manusia di sekeliling kita?
Adakah kita saling lengkap-melengkapi dengan mereka? Atau kita hendak jatuh menjatuhkan sesama kita?
Kalau kita menyelak kembali kitab-kitab hadith, kita akan dapat melihat beberapa hadith yang menyatakan berkenaan hubungan antara mu’min. Antaranya ialah,

“ Mu’min dengan mu’min yang lain adalah ibarat bangunan” Al-hadith.

“ Mu’min itu saudara kepada mu’min yang lain, maka janganlah kamu menzaliminya, atau mengkhianatinya, atau menyerahkannya kepada sesiapa yang ingin menzaliminya” Al-hadith.

“ Mu’min dengan mu’min yang lain adalah ibarat sebatang tubuh, jika satu bahagian sakit, maka bahagian lain turut akan terasa kesannya” Al-Hadith.

Jika di dalam Al-Quran pula, ALLAH SWT berfirman,

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu mendapat rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.

“ Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH, dan janganlah kamu berpecah belah” Surah Ali-Imran ayat 103.

“ Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari bersangka-sangka, sesungguhnya sebahagian dari bersangka-sangka itu adalah keburukan, janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu bertelagah sesama sendiri, adakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati?…” Surah Al-Hujurat ayat 12.

Dan ada banyak lagi hadith dan ayat Al-Quran menyatakan hubungan sesama mu’min ini.
Kita berdiri dan bergerak dalam kehidupan hari ini, kita perlu menghadapi kenyatakan bahawa kita ini makhluk lemah dan tidak bisa sendiri. Namun kelebihan kita itu tidak cukup untuk membuatkan kehidupan kita bergerak dengan sempurna. 

Maka sahabat dan teman diperlukan untuk melicinkan kehidupan kita.

Namun manusia biasanya cenderung untuk tidak mengambil berat terhadap manusia lain. Kepuasan diri adalah perkara yang dianggap utama, dan perasaan orang lain tidak mendapat tempat di dalam hati. Sikap ananiah membatu di dalam hati. Ini menyebabkan dunia hilang kasih sayang antara manusia. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing, menyebabkan kehidupan manusia terumbang-ambing tanpa kesatuan.
Satu lagi sikap buruk manusia, adalah kecenderungan mereka untuk meminta manusia lain memahami mereka, tanpa mereka terlebih dahulu memulakannya. 
Mereka selalunya memberikan alasan,

“ Ah, dialah yang kena faham ana dulu, baru ana akan cuba faham keadaan dia”

Sudah hampir pupus di dunia ini, manusia yang terlebih dahulu memulakan tali-tali hubungan indah ini. Sudah hampir tiada manusia di dunia ini, yang terlebih dahulu bergerak menyambung silaturahim. Semuanya hendakkan timbal balik, semuanya hendak mendapat sesuatu.
Sebagai contoh, baik dengan seseorang itu kerana dia adik perempuan. Baik dengan seseorang itu kerana dia mempunyai harta yang banyak. Baik dengan seseorang itu kerana kecantikan wajah. Baik kerana dia ada itu, baik kerana dia ada ini. Jika seseorang itu mempunyai kelebihan, maka manusia akan sanggup bergerak terlebih dahulu menyambung silaturahim dengannya. Bukan kerana kerelaan hati sebenarnya, tetapi ingin mendapatkan kelebihan daripada manusia itu tadi.
Inilah yang membuatkan manusia lemah, tidak kuat dan rosak. Hakikatnya, gari-gari materialisma telah merantai kehidupan mereka. Siapa pada hari ini yang bersahabat dengan ikhlas? Hari ini siapakah yang mengikat ukhuwwah mereka dengan tali ALLAH? Hari ini siapakah yang membina ukhuwwah mereka dengan dasar iman dan hendak mendapatkan keredhaan ALLAH?
Justeru pada pandangan saya, manusia hari ini perlu menggenggam sesuatu yang telah hilang di dalam kehidupan mereka. Itulah dia rasa lengkap melengkapi. Zaman globalisasi hari ini telah menyebabkan manusia lupa akan perkara penting ini. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing, sibuk dengan kerja, sibuk dengan studi, sehingga tiada masa untuk memahami dan mengenali manusia di sekeliling.
Kekurangan dalam perhubungan, membuatkan manusia cepat lemah bila susah, dan sering membuat keputusan tidak tepat bila menghadapi tekanan.
Tetapi bayangkan bila wujudnya manusia yang memahami diri kita, dan mengetahui keadaan kita, bukankah kesusahan kita akan menjadi sedikit ringan?
Jika studi, anda fikir ya, adakah studi berseorangan, atau studi dengan sokongan rakan-rakan yang lebih memberikan kesan dalam pelajaran anda? Bertukar-tukar nota, bertanya mengenai apa yang tidak difahami, berusaha melatih tubi bersama-sama, mana yang lebih anda rasa menyeronokkan?
Apatah lagi hendak melakukan kerja-kerja besar seperti hendak memperkenalkan ISLAM kepada masyarakat, dan mengajak kembali manusia mengamalkan ISLAM yang sebenar.
Aktivis dakwah sepatutnya mempunyai rasa untuk saling lengkap melengkapi sesama mereka. Bukan saling cakar mencakar sesama sendiri. Sebenarnya kita ini membuat kerja dakwah, untuk mendapat pengikut kah, atau hendak membawa manusia kembali kepada ALLAH?
Justeru dalam apa sahaja urusan dunia dan akhirat, manusia perlu bergerak bersama. Lengkap melengkapi. Barulah keberkatan itu wujud, dan pergerakan juga akan menjadi licin. Kalau dalam urusan pelajaran, kita lengkap melengkapi bersama sahabat sekolah kita, kalau dalam urusan rumah sewa, kita lengkap melengkapi bersama rakan serumah kita, kalau dalam masalah keluarga, kita lengkap melengkapi bersama isteri, suami, ibu bapa, atau anak-anak kita, kalau dalam hal dakwah, kita sama-sama lengkap melengkapi dengan sahabat dakwah kita, dalam hal kemasyarakatan, kita lengkap melengkapi dengan jiran tetangga kita, dalam hal-hal agama, kita lengkap melengkapi denganpara alim di dalamnya, dan begitulah seterusnya dan sebagainya.
Dengan rasa hendak lengkap melengkapi ini, barulah tiada lubang untuk musuh masuk memecah belahkan kekuatan kita. 
Dengan lengkap melengkapi juga, kita telah mengecilkan risiko kita untuk jatuh tersungkur ke neraka akibat lalai dari hubungan kita dengan ALLAH SWT. 
Dengan lengkap melengkapi, kelalaian kita akan ditampung oleh sahabat yang mengingatkan.
Sebab itulah ALLAH SWT berfirman,

“ Bantu membantulah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan…” Surah Al-Maidah ayat 2.

Tetapi siapakah yang hendak terlebih dahulu menyahut seruan lengkap melengkapi ini?
Biasanya ego kita juga yang menjadi penghalang sejati.
Bagaimana?
Hendak mengutamakan ego anda?
Atau anda hendak mendapat pahala dan kebaikan daripada RABB anda?

Jangan Putus Asa Dengan Doa

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.

"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal." (surah At-Taubah:129)

Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja